Sunday, January 22, 2012

Lelaki : Saya cinta awak,saya nak datang melamar awak boleh?

Muslimah : Kenapa saya?Awak baru kenal nama saya je. Muka ,perangai, keluarga,awak tak tahu.

Lelaki : Sebab awak solehah.Bukan senang nak cari wanita solehah zaman sekarang ni.Wanita solehah ibarat mutiara yang tersembunyi di dasar laut,sukar dicari dan diperoleh.Rugilah saya kalau saya lepaskan mutiara macam awak.(Kata-kata lelaki mem
ang 'biser' )

Muslimah : Solehah hanya pada pandangan manusia.Jauh sekali pada pandangan Allah.'Solehah' ungkapan yang mudah,tapi sukar dilaksanakan.Kerana itu, mohon,minta dan berharap pada Allah,moga awak dapat 'solehah' yang sebenar,bukan pada pandangan manusia saja.Kita memang kena bergantung pada Allah,jika tak,kita mudah ditipu.

"Jangan cepat buat keputusan,lagi-lagi ia tentang pilih pasangan,perlu ambil masa,ikut garis panduan yang Islam tetapkan,kerana kita bukan akan hidup sehari dua dengan pasangan kita.Kita akan berjuang bersama-sama dengan dia hingga akhir hayat.Istikharah sangat sangat penting,minta Allah petunjuk.Moga keluarga sakinah yang kita peroleh.InsyaAllah"

"Muslimah,jangan mudah terMAKAN,terGODA,terCAIR dengan ayat-ayat cinta dan indah dari lelaki ajnabi.BESIkan hatimu,jiwamu,bertahan kerana Allah.Tekadkan dalam diri, kata-kata cinta & indah dari seorang lelaki ajnabi buat kita,nak kita dengar dari suami kita saja.Lelaki lain,NO..!!"

Pesanan ini buat semua,sebab ana yakin ramai yang berada dalam situasi ini.
Selamat bermujahadah para mujahidah :)

No comments:

Post a Comment